DIA tidak tahu siapa Lionel Messi. Malah pasukan negaranya sendiri
tidak menyertai pesta yang menjadi tumpuan seluruh dunia ini.
Namun itu bukan penghalang kepada Gulshan Bibi untuk menghasilkan objek bulat yang direbut di tengah padang itu.
Bola yang dihasilkan bersama rakan-rakan sekerjanya di kilang Forward
Sports di Sialkot, kota bahagian timur Pakistan inilah yang digunakan
pada Piala Dunia yang baru bermula.
“Saya benar-benar berharap bola yang dihasilkan ini akan digunakan dan
insya-ALLAH kami akan menonton. Jika itu berlaku, semua wanita yang
bekerja di sini amat berbangga,” kata Gulshan.
Walaupun pasukan bola sepak Pakistan berada di kedudukan ke-159 dalam
dunia Fifa, namun Sialkot mempunyai suatu sejarah panjang pembuatan bola
bertaraf dunia.
Forward Sports bekerja dengan Adidas sejak 1995. Membekalkan bola untuk
beberapa perlawanan yang terkemuka di dunia, termasuk Liga Juara-Juara,
German Bundesliga dan terkini Piala Dunia.
Pada awalnya seorang tukang kasut pernah diminta untuk memperbaiki bola
pancit untuk askar Britain zaman penjajah. Dia kemudian mempelajari
bagaimana membuat bola. Dan daripada situlah industri membuat bola
bermula.
Namun, skandal buruh kanak-kanak di tahun 1990-an membuat usahanya nyaris tenggelam.
Kini Adidas bekerjasama dengan kilang dan pertubuhan bukan kerajaan
menguatkuasakan pemeriksaan ketat bagi menghalang kanak-kanak menjahit
bola.
Selepas itu, semua pekerja Forward Sports mesti menyediakan kad
pengenalan bagi membuktikan mereka berumur 18 tahun dan ke atas.
Kini semua pekerja menerima gaji asas 10,000 rupee (RM324.74) sebulan
dan mungkin itu akan meletakkan bola Brazuca diluluskan AS$160
(RM512.56) Fifa walaupun ia di luar kemampuan pekerja. - AFP
***Untuk mengetahui lebih banyak lagi kontroversi yang
berlaku pada penganjuran Piala Dunia kali ini, jangan lupa dapatkan
sisipan khas di SINAR de RIO!
Tanpa akhbar Sinar Harian, anda tidak tahu apa yang anda ketinggalan!
Saturday, 14 June 2014
0 Response to "Wanita di sebalik Brazuca"
Post a Comment