Polis Sahkan Motif Sebenar Pembunuhan Kejam Siti Soffea | Menurut
laporan The Malay Mail, bapa kepada kanak-kanak itu pernah dipenjara
bersama suspek yang diburu polis. Memetik kenyataan satu sumber polis.
dilaporkan perkara itu didedahkan ketika siasatan pihak polis keatas ibu
Siti Soffea, Siti Salmy Suib, 32 tahun.
Adakah pembalasan dendam menjadi motif pembunuhan Siti Soffea Emelda
Abdullah, kanak-kanak 18 bulan yang ditemui dengan kepala terputus di
tebing Sungai Klang pada Khamis malam? Beliau berkata, suspek pernah
dipenjarakan di penjara Kajang dan dibebaskan beberapa bulan yang lalu.
Sumber tersebut turut berkata suspek adalah seorang lelaki etnik India,
berusia lewat 30-an dan berasal dari Kuala Lumpur.
“Ini berdasarkan rakaman CCTV yang kita perolehi daripada kompleks
membeli-belah berdekatan dengan kawasan itu dan juga berdasarkan
maklumat yang diberikan oleh penjara. “Kami melakukan pemeriksaan
senarai banduan yang telah dibebaskan dari penjara dalam tempoh beberapa
bulan dan juga maklumat yang diperolehi daripada rakaman CCTV. Suspek
kemudian dikenalpasti sebagai lelaki India tempatan berumur lewat
30-an,” katanya. Ibu mangsa adalah Siti Salmy Suib seorang warga
tempatan, dan tidak mempuyai tempat tinggal dan pekerjaan.
Apabila ditanya tentang hubungan suspek dan ibu bapa kanak-kanak kecil
itu, sumber itu berkata ia masih dalam siasatan polis. “Kami perlu
meneruskan operasi mencari untuk suspek pada hari Sabtu. Kemungkinan
suspek lemas di Sungai Klang, seperti yang dilaporkan oleh media hari
ini, berdasarkan maklumat yang diberikan oleh saksi-saksi.” Menurut
laporan The Malaysian Insider, seorang pengawal di Kompleks Kota Raya
melihat Siti Soffea tetapi tidak melakukan apa-apa untuk mengejar
suspek.
Kejadian berlaku di tingkat empat kompleks berkenaan dimana Siti Soffea
kelihatan cuba menyorok di belakang tembok tetapi suspek memegang Siti
Soffea dan terus beredar. Laporan yang sama turut berkata bahawa Siti
Salmy mempunyai tiga anak tetapi dua lagi anak beliau tinggal bersama
ahli keluarganya. Siti Salmy dan Siti Soffea berkeliaran di sekitar
Kuala Lumpur dan bergantung kepada bantuan orang ramai. The Malaysian
Insider turut melaporkan bahawa suspek adalah seorang penagih dadah yang
bekerja sebagai penjaga tempat letak kereta.
Sementara itu, akhbar The Malay Mail melaporkan bahawa Siti Salmy juga
seorang penagih dadah. Pada hari Khamis, polis telah menerima maklumat
daripada orang awam yang ternampak seorang lelaki sedang cuba untuk
melemaskan seorang kanak-kanak di tebing Sungai Klang berhampiran dengan
Stesen Kereta Api Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur. Polis yang
bergegas ke tempat kejadian kemudian menemui mayat seorang kanak-kanak
lengkap berpakaian berusia dalam lingkungan dua tahun dalam keadaan
tertiarap.
Terdapat pecahan seramik bersama-sama kesan darah dan sepasang selipar
ditemui di tempat kejadian. Menurut keterangan ibu mangsa, semasa dia
dan anaknya melepak bersama-sama dengan kawan-kawannya di Kompleks Kota
Raya sekitar jam 3 petang, dia telah pergi ke tandas. Dia kemudian
meminta kawannya yang bersama-sama melepak dengannya itu untuk mengawasi
anaknya dan setelah lima minit berlalu, ibu mangsa kembali semula
keluar tandas dan mendapati anaknya itu sudah tiada.
Ibu mangsa dan rakannya kemudian bergegas mencari anaknya itu di sekitar
bangunan Kota Raya namun gagal. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302
Kanun Keseksaan dan mangsa telah dikebumikan pada petang Jumaat.
0 Response to "Motif Sebenar Pembunuhan Kejam Siti Soffea Disahkan Oleh Pihak Berkuasa"
Post a Comment