Kuala
Lumpur:bayi lelaki berusia setahun lapan bulan maut dipercayai
akibat didera pengasuhnya di Jalan Buku Lima, Datuk Keramat di sini,
pagi tadi.
Difahamkan, bayi berkenaan dihantar ke rumah pengasuh oleh ibu mangsa kira-kira jam 7.45 pagi dalam keadaan sihat.
Pemangku
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten
Komisioner Khairi Ahrasa berkata, selepas menghantar mangsa ke rumah
pengasuh, ibu mangsa pergi ke kerja seperti biasa.
Bagaimanapun, katanya, kira-kira 9.15
pagi ibu mangsa menerima panggilan daripada pengasuh yang menyatakan
bayi itu dalam keadaan tenat.
"Ibu
mangsa yang bergegas semula ke rumah pengasuh menerima kejutan apabila
mendapati muka mangsa kebiru-biruan dan tidak sedarkan diri.
"Mangsa
seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan
kecemasan. Bagaimanapun, pada 10.30 pagi doktor mengesahkan mangsa sudah
meninggal dunia," katanya kepada pemberita.
Beliau
berkata, mangsa dihantar ke rumah pengasuh itu sejak tiga bulan lalu
dan mangsa seorang saja yang dijaga oleh pengasuh berkenaan.
Katanya, laporan bedah siasat mendapati
wujud unsur jenayah dalam punca kematian bayi berkenaan dan kes
berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan
membunuh.
"Setakat ini pihak polis belum membuat sebarang tangkapan.
"Mayat bayi berkenaan sudah dibawa ke Kuala Terengganu untuk urusan pengebumian," katanya.
0 Response to " "
Post a Comment