Kisah Seram Di Sebalik Mahmoodiah Johor Bahru | Banyak-banyak
kisah mistik, yul rasa ini lah yang paling menyeramkan kot dan banyak
kisah yang berlaku di kawasan ini. Tidak lupa juga kawasan
berhampirannya iaitu Dataran Bandaraya Johor Bahru yang pernah di
gemparkan dengan kisah Hantu Lilin pada tahun 1990-an (KISAH HANTU LILIN - LINK).
Pada tahun 1980-an lagi lah best, pelancong Kuala Lumpur yang datang ke
Johor Bahru tertarik dengan kemeriahan persembahan kuda kepang di pentas
dataran tersebut. Hampir 2 jam dia melihat persembahan itu. Oleh kerana
terlalu terpegun dengan kehebatan negeri Johor yg 'menghalalkan'
pementasan sehingga jam 2 pagi, pelancong tersebut menceritakan hal ini
kepada rakannya yang kebetulan bekerja dengan Majlis Bandaraya. Rakannya
menafikan dakwaannya itu dan mngatakan bahawa dia berkhayal! Habis, apa
yangg sebenarnya berlaku selama 2 jam pada mlm tersebut?
Wallahualam.. Berbalik kepada kisah di Mahmoodiah, ramai pemandu di
ganggu ketika melalui kawasan perkuburan yg menempatkan kerabat-kerabat
di Raja itu. Kisah pertama ini berlaku ke atas pemandu kereta yg bernama
Kadir. Kadir dalam perjalanan ingin bertemu rakan di sebuah restoran di
Danga Bay.Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Sampai di pertengahan jalan
lingkaran (sekarang di dirikan Petronas), dia ternampak seorang wanita
berjalan seorang diri. Dia pun memberhentikan kenderaan dan bertanya
arah tujuan wanita berkenaan.
Wanita itu ingin ke perhentian bas di Hospital Sultanah Aminah. Kadir
pun menumpangkan wanita berkenaan. Wanita tersebut menyuruh Kadir agar
tidak menggunakan penghawa dingin. Biarlah dengan membuka tingkap sahaja
katanya. Wanita itu memberitahu bahawa sepatutnya teman lelakinya yang
menjemputnya, tetapi akibat masalah yang tidak dapat di elakkan, dia
terpaksa berjalan kaki untuk ke perhentian bas hospital itu. Wanita itu
juga berpesan kepada teman lelakinya agar membawa kereta, kerana dah
serik menaiki motor.
Kadir cuba menenangkan wanita berkenaan dgn mengatakan bahawa naik motor
lagi romantik, jimat minyak dan kalau jalan jem, boleh selit-selit.
Tetapi wanita itu terus menceritakan kepada Kadir bahawa berlaku 1
kejadian yg tak di ingini semasa dia menunggang motosikal bersama teman
lelakinya. Pernah satu ketika semasa menunggang motor bersama teman
lelaki, mereka di sondol oleh kereta yg berlumba di situ. Kadir lantas
bertanya "Ya Allah, lepas tu apa yang terjadi?" Wanita itu terus
berkata, "awak nampak divider itu? di situlah saya dan teman lelaki saya
tercampak selepas di seret hampir 50 meter, dan KAMI MATI bersama"..
Apa saja ayat al-quran yang terlintas di fikiran Kadir, terus di bacanya
kuat-kuat. Yang terdengar hanyalah hilaian tawa wanita berkenaan lantas
terbang dan berlalu pergi menerusi tingkap kereta Kadir yg terbuka
luas. Kadir membatalkan hasratnya untuk berjumpa kawan-kawannya lalu
terus balik ke rumah. Di rumah, dia menceritakan segalanya kepada
pakciknya yang kebetulan bertandang ke rumahnya. Pak ciknya berusia 66
tahun hanya tersenyum kerana kejadian sebegini sering berlaku di kawasan
itu.
Kisah kedua yang terdapat di Mahmodiah ialah berlaku kepada seorang
pemandu teksi. Lokasinya ialah di Terowong berhampiran ZZ / JKR.
menghala ke Anjung Warisan dari Petronas Lingkaran. Selepas melalui
terowong tersebut, ada seorang wanita menahan teksinya dan terus
mengejar teksi berkenaan.
Kisah ketiga ialah bangunan Yayasan Warisan Johor. Mase perang Jepun
dulu. Jepun gunakan bangunan tu sebagai markas / kem mereka. Jadi,
macam-macam hukuman jepun seperti pancung kepala dan macam-macam lagi
yang mereka lakukan disitu. Dan disitu jugak banyak askar jepun mati.
Orang-orang otai cakap, kat situ ada jepun berbaris di atas bumbung! mcm
mana tu dieorang berbaris yul tak tahu la. wallahualam.
Kisah keempat kubur mahmoodiah berdekatan terowong jalan petri mengadap
jalan lingkaran dalam. Ade orang cerita yang kawasan tu berhantu pada
waktu petang selepas asar sebelum maghrib. Ade orang pergi ziarah kubur
time tu. Ade gangguan seperti ade bende terbang atas kepala. Banyak
kali. Penggali kubur kat situ pun sarankan jangan datang waktu-waktu
petang macam tu. lagi-lagi kawasan tu.
Ingat, yul cuma nak bagitahu jangan terlalu percaya sangat. Nanti syirik
pulak. Jangan terlalu takut dan jangan terlalu berani. Jika apa yang di
tulis di atas adalah mengenai korang, Yul nak korang perbetulkan di
mana silapnya. Tak kisahlah daripada tarikh atau segala bagai.. Apa-apa
pun yang buruk itu datang daripada diri sendiri, kerana setiap manusia
tak ubah daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Cerita ini bukan
rekaan semata-mata. Ianya menjadi perbualan dari mulut ke mulut
masyarakat JB. Yul pasti, ada jugak yang tak tahu lagi pasal kisah-kisah
nie.
0 Response to "Seram Di Sebalik Mahmoodiah Johor Bahru"
Post a Comment