Belanda dibarisi ramai pemain muda pasti mahu robek Sepanyol dalam aksi sulung, awal pagi esok
Salvador:
Pertemuan antara Sepanyol dan Belanda pada aksi sulung Kumpulan B, di
Arena Fonte Nova di sini, jam 3 pagi esok, umpama perlawanan ulangan
final Piala Dunia 2010.
Pada aksi final empat tahun lalu, La Roja jelas menguasai
sepenuhnya permainan sambil melayan aksi keras ditampilkan terutama
barisan pertahanan Oranje sebelum mereka menang 1-0 hasil jaringan
Andres Iniesta pada minit ke-116.
Namun kali ini, keadaan pasti berbeza kerana jurulatih
Belanda, Louis van Gaal bertindak membawa masuk lebih ramai tenaga muda
dalam skuadnya sambil mengekalkan muka lama seperti Arjen Robben, Robin
van Persie dan Wesley Senijder, yang dikatakan mampu menggugat corak
tiki taka La Roja.
Friday, 13 June 2014
0 Response to "Belanda dibarisi ramai pemain muda pasti mahu robek Sepanyol dalam aksi sulung, awal pagi esok"
Post a Comment