SEORANG amah bukan sahaja bertindak memakan anak kucing majikannya hidup-hidup, malah dia turut menggigit pokok hiasan dan juga lengan seorang anggota polis dalam kejadian amuk di Sibu, Sarawak, semalam.
Kronologi kejadian itu bermula apabila majikannya menemui bangkai anak kucing tersebut di depan rumahnya sebelum menyoal amah tersebut.
Dia mengakui telah memakan haiwan
itu sebelum mengamuk secara tiba-tiba sehingga majikannya terpaksa
mengikat dan meletakkan dia di dalam kereta kerana bimbang keselamatan
keluarganya.
Keesokan harinya, majikannya membawa dia membeli nasi ayam yang diinginkannya.
Bagaimanapun, amah itu dikatakan enggan masuk ke dalam kereta sehingga mencetuskan kekecohan.
“Dia tiba-tiba mengamuk
kemudian masuk ke dalam kereta semula dan membuang barang keluar dari
kereta. Dia juga menggigit pokok hiasan,” kata majikannya, memetik Utusan Borneo.
Pihak polis yang dihubungi
kemudiannya bergegas ke tempat kejadian, namun terpaksa berdepan dengan
tindakan agresif amah itu yang meludah dan menggigit lengan salah
seorang anggota mereka.
Dia akhirnya dibawa ke balai polis sebelum dihantar ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan.
Oleh: MYNEWSHUB.MY
0 Response to "Mengamuk, Amah Makan Anak Kucing Hidup-Hidup "
Post a Comment