
Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf
seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru
tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad
seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah
kemerah-kemerahan. Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga
masuk ke dalam.

Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah. Pembuka pintu
itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun
untuk membuka pintu Kaabah itu. Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang
yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci
itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah
kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani
Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci
kaabah sejak turun temurun. Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7
hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang
Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk
mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah.
Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani
Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak
di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa
wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58) Mahfumnya “Sesungguhnya Allah
menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya” Nabi
bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani
Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah
kata mesti dia seorang nabi.
Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci
ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan
balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua
pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini. Budak kecil tadi dibawa
tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak
pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa
tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak
senang sahaja, kemudian kami masuk.
Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu
Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di
bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu. Di
dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu.
Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan
Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di
simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu
lama ada disimpan di dalam itu.
0 Response to "Kisah Pengalaman Dr. Haron Din Masuk Dalam Kaabah "
Post a Comment