Tragedi MH17: Sikap Berbaik Sangka Kerajaan Malaysia Berjaya Lembutkan Hati Pihak Pemisah Ukraine

najib-putin-mh17

Kepakaran Malaysia dalam menyelesaikan masalah di antara dua pihak yang bertelagah melalui saluran diplomasi sekali lagi teruji dan terbukti apabila berjaya memujuk ketua pemisah yang menguasi lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dengan membenarkan pasukan penyiasat berkecuali dari Malaysia masuk ke kawasan tersebut.

Dalam kata sepakat yang telah dicapai itu, pihak pemisah Ukraine turut menyerahkan dua kotak hitam milik pesawat MH17 kepada wakil Malaysia. Penyerahan kotok hitam tersebut dilakukan sendiri oleh pemimpin utamanya, Alexander Borodal yang mendakwa dirinya sebagai Perdana Menteri Donestk.

Alexander Borodai dalam satu kenyataanya kepada pemberita, mengucapkan terima kasih kepada Malaysia kerana menghantar pasukan pencarian dan penyelamat ke kawasan nahas tanpa sebarang perlindungan dan batuan dari kuasa besar lain seperti Amerika.

Pada pertemuan empat mata dengan pihak pemisah Ukraine itu, kedua-dua pihak dilihat menandatangani beberapa dokumen dalam majlis penyerahan dua kotak hitam MH17 antara DPR dan pakar Malaysia.

Dato Sri Najib dalam satu sidang akhbarnya pada malam Isnin lepas menjelaskan bahawa ketua pemisah Ukraine, Alexander Borodal telah bersetuju dan membenarkan kerajaan Malaysia menyelesaikan beberapa perkara yang membabitkan pengurusan mayat mangsa MH17, hak penjagaan ke atas kota hitam pesawat dan akses kepada para penyiasat bebas antarabangsa ke kawasan lokasi nahas.

Kejayaan Malaysia mencapai persetujuan dengan pemimpin pemisah yang menguasai wilayah bergolak telah mendapat pujian dari seluruh dunia dan ucapan tahniah dari rakyat Malaysia serta ahli keluarga mangsa yang terlibat di atas kesungguhan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri dalam menyelesaikan isu ini.

0 Response to "Tragedi MH17: Sikap Berbaik Sangka Kerajaan Malaysia Berjaya Lembutkan Hati Pihak Pemisah Ukraine"

Post a Comment