Pada
ketika umat Islam seluruh dunia sedang sakit hati dengan Zionis Israel,
sebuah kelompok manusia yang merampas dan melakukan kekejaman serta
penindasan ke atas masyarakat yang serba-serbi kekurangan...
ASTRO
yang dimiliki oleh Ananda Krishnan dan merupakan pemonopoli siaran
televisyen kabel yang mengenakan bayaran sesuka hati, mengambil sikap
MENENTANG KERAJAAN MALAYSIA, umat Islam di negara ini dan perjuangan
rakyat Palestin.
ASTRO
yang bersikap seperti maharaja di negara ini telah memutuskan untuk
menyalurkan kewangan, bantuan serta dana kepada Zionis untuk terus
membunuh rakyat Palestin menerusi perlantikan AMDOCS sebagai 'Subscriber
Management System' syarikat media tersebut.
Selama ini, tiada sesiapa pun hatta Menteri Penerangan pun yang dapat menegur ASTRO.
ASTRO
tidak pernah terikat atau patuh kepada sesiapa pun, termasuklah kepada
SKMM yang semakin nyenyak tidur dan hidup bergelumang dengan timbunan
wang yang merupakan UFTI syarikat-syarikat telekomunikasi kepada SKMM.
Selama ni, ASTRO telah menerima pelbagai bentuk kecaman terutama perkhidmatannya yang sangat uzur pada waktu hujan.
ASTRO
kemudiannya menaikkan yuran dan pelanggan perlu membayar harga lebih
kononnya sebagai penanggung kos perkhidmatan yang telah dipertingkatkan.
Bagaimanapun,
perkhidmatan ASTRO tetap di takuk lama. Program-program yang disiarkan
adalah program-program lapuk yang diulang-ulang siar berpuluh-puluh
kali. Yang dipertingkatkan hanyalah bayaran bil oleh pelanggan.
Sekarang, pendedahan telah dibuat oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membabitkan kerjasama ASTRO dengan Zionis Israel.
0 Response to "Berita Mengejutkan Dari Ibu Pejabat Astro? Sungguh Tak Sangka! "
Post a Comment