Seorang
lelaki yang taksub dengan budaya Korea, berani melakukan perubahan
besar agar wajahnya kelihatan seperti lelaki-lelaki Asia. Lelaki berusia
25 tahun ini asalnya bernama Max. Beliau telah menjalani 10 kali
pembedahan plastik untuk mengubah penampilannya.
Minatnya
terhadap budaya Korea bermula ketika beliau belajar di Korea beberapa
tahun lalu. Beliau telah menukar namanya menjadi Xiahn dan
memperkenalkan diri ke dunia maya dengan nama samaran Oriental Gaucho.
Xiahn sangat menyukai drama Korea dan lagu-lagu Korea. Hal inilah yang
mendorongnya untuk melakukan pembedahan plastik sehingga ia boleh tampil
seperti orang Korea asli.
Demi kelihatan seperti lelaki Korea,
lelaki yang lahir di Brazil ini melakukan pembedahan pengecilan mata dan
rahang. Transformasi gayanya ini mengundang reaksi ramai orang,
termasuk mereka yang menganggap wajahnya menjadi aneh.
Sekarang
Xiahn merancang untuk berpindah ke Korea Selatan secepat mungkin.
Walaupun penampilannya kini menjadi seperti lelaki Korea, Xiahn mengaku
ia tetap mencintai Brazil kerana Brazil adalah negara di mana ia lahir
dan membesar besar.
Tuesday, 1 July 2014
0 Response to "Taksub Pada Budaya Korea Lelaki Brazil Lakukan Pembedahan Pada Wajahnya "
Post a Comment