Pesawat Air Algerie sah terhempas

Air Algerie--
Syarikat penerbangan negara Algeria, Air Algerie, berkata ia telah terputus hubungan dengan salah satu pesawat yang terbang dari Burkina Faso ke Algiers melalui jalan Sahara.
Kapal terbang itu disahkan terhempas oleh pegawai penerbangan rasmi Algeria. Dia berkata “Saya boleh sahkan yang ianya terhempas”, namun tidak mahu mengeluarkan sebarang butiran tentang apa yang terjadi. Beliau berkata demikian kepada Reuters.
Komunikasi telah terputus kira-kira 50 minit selepas berlepas dari Ouagadougou, katanya. Pesawat itu kali terakhir dilihat pada 0155 GMT.
Penerbangan AH5017 membawa110 penumpang dan enam anak kapal. Ini merupakan nahas ketiga yang melibatkan kapal terbang penumpang dalam minggu ini.

0 Response to "Pesawat Air Algerie sah terhempas"

Post a Comment