Jika di
China ada gerbang menuju ke syurga, di Turki pun ada pintu gerbang yang
boleh membawa anda terus ke neraka. Penyelidik Itali mengumumkan bahawa
sebuah gerbang ke neraka telah terbuka dari runtuhan di sebelah Barat
Daya Turki.
Gerbang yang disebut Pluto Gate ini ditemui pada halaman terdahulu di bandar Phrygian, Hierapolis yang kini disebut Pamukkale.
"Pluto"
berasal dari Plutonion dalam bahasa Yunani atau Plutonium dalam bahasa
Latin. Pluto melambangkan gerbang menuju dunia bawah dalam tradisi dan
mitos Greco-Roman.
"Bilik ini
penuh dengan wap berkabut yang padat hingga menghalang pandangan. Semua
haiwan yang melewati wap itu akan terus mati. Aku melemparkan burung
pipit ke dalamnya, dan burung itu terus mati dan jatuh," tulis seorang
ahli geografi Yunani Strabo.
Penemuan
gerbang neraka ini dilakukan oleh ahli arkeologi Itali di Istanbul
Turki, iaitu pasukan yang dipimpin oleh Fransesco D'Andria profesor
arkeologi klasik dari University of Salento.
"Kami
mencari Plutonium setelah membina laluan ke sebuah sumber air. Ternyata
mata air Pamukkale yang mengeluarkan wap putih berasal dari gua ini,"
ungkap D'Andria,
Di dalam gua
tersebut penyelidik juga mendapati sisa-sisa kuil, kolam renang, siri
prasasti yang dikhaskan untuk para dewa, Pluto dan Kore. Konon
orang-orang hanya dibenarkan menonton ritual suci dari jauh kerana hanya
para ketua keagamaan yang dibenarkan berdiri di depan portal sumber
Beberapa
ritual yang dilakukan dalam gua ini adalah dengan membawa haiwan masuk
dalam keadaan hidup, kemudian dikeluarkan mereka dalam keadaan mati.
Asap dalam gua tersebut memang sangat mematikan, sehingga jika terlalu
dekat, karbondioksida akan membunuh semua makhluk hidup.
Dulu
dipercayai bahawa hanya para kasim Cybele, dewi kesuburan kuno, yang
mampu memasuki gerbang neraka tanpa mengalami luka atau mati. Mereka
menahan nafas selama mungkin. Selain boleh menyebabkan kematian, wap
yang muncul dari gua ini boleh menyebabkan halusinasi dalam skala kecil.
"Ini adalah
penemuan yang luar biasa kerana menegaskan dan menjelaskan maklumat yang
kita dapatkan dari sumber sastera sejarah kuno," jelas Alister
Filippini, penyelidik sejarah Romawi di Universities of Palermo, Itali.
Bagaimana, anda berani untuk melawat gerbang neraka di Turki ini?
0 Response to "PINTU NERAKA WUJUD DI TURKI "
Post a Comment