Sebanyak
lebih 1,000 laman web Israel digodam kumpulan Anonymous dalam serangan
sibernya #OpSaveGaza sebagai tanda sokongan mereka terhadap rakyat
Palestin.
Serangan siber besar-besaran itu diselaraskan pada 11 dan 17 Julai.
Antara laman-laman web digodam termasuk kepunyaan Jabatan Polis Tel
Aviv. Serangan dilakukan melalui denial-of-service attacks (DDoS).
Laman-laman
web lain kepunyaan kerajaan Israel juga digodam, di mana halaman web
mereka digantikan dengan grafik, slogan dan fail audio yang selaraskan
pasukan penggodam AnonGhost, menurut laporan ibtimes.co.uk
Fail
audio yang berbentuk 'auto-play' itu memainkan muzik dan klip,
dilampirkan mesej menyeru pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia dan
penggodam aktivis lain untuk menyerang laman web Israel dan menjadi
"Perisai siber, suara untuk rakyat yang telah dilupakan."
Sementara
itu, laman web utama jabatan pekerjaan kerajaan Israel pula digantikan
dengan grafik bertajuk "Akincilar" - rujukan kepada tentera Empayar
Ottoman dalam bahasa Turki.
Laman-laman
web yang digodam itu turut melampirkan mesej yang ditulis falam Bahasa
Inggeris dan Turki serta gambar rakyat Palestin yang menderita.
Antara mesej
yang ditulis - "Perjuangan Jerusalem adalah perjuangan umat Islam" dan
"Mereka yang berjuang untuk Palestin berada di sisi Allah."
Selain itu, alamat emel daripada laman web kementerian Israel turut
dibocorkan oleh penggodam. Antara laman web tersebut ialah Kementerian
Kehakiman, Kementerian Kebudayaan dan Sukan, Kementerian Perumahan dan
Pembinaan, antara lain.
Sektor sosial dan perniagaan Israel juga tidak terkecuali dalam serangan siber tersebut.
Laman web
yang dimiliki oleh restoran-restoran, pertubuhan-pertubuhan masyarakat,
termasuk laman web simfoni orkestra juga diserang.
Bagaimanapun, sebahagian besar laman web yang digodam telahpun dipulihkan.
Ini bukan kali pertama Anonymous menjalankan serangan siber besar-besaran ke atas Israel.
Pada bulan April, kira-kira 500 laman web Israel digodam dalam kempen #OpIsrael.
Penggodam dilaporkan membocorkan nombor telefon dan alamat emel beberapa pegawai kerajaan Israel ketika itu.
0 Response to ""Anonymous"- Serang website israel!! "
Post a Comment