Friday, 25 July 2014
7 lelaki dibunuh dengan kejam!!
Mexico: Foto mengejutkan ini menunjukkan bagaimana mayat tujuh lelaki yang ditemui atas kerusi plastik ditembak di kepala dengan mesej ancaman dipaku pada dada mereka menggunakan alat pemecah ais.
Satu
pelekat pada satu mayat berkenaan yang ditemui pagi semalam di Uruapan,
negeri Michoacan berbunyi: “Amaran! Inilah yang berlaku kepada pencuri,
penculik, penyerang seks dan pemeras ugut.” Tujuh mayat yang mempunyai
kesan kecederaan ditembak didudukkan di atas kerusi dekat bulatan jalan
raya, kata pihak berkuasa tempatan. Pejabat pendakwa raya tidak
memberikan motif pembunuhan itu.
Mayat
berkenaan ditemui dengan kaki dan tangan terikat di luar kilang air
minuman Pepsi. Kumpulan lelaki terbabit dipercayai berusia antara 15
hingga 40 tahun. Mayat ditemui kira-kira jam 5.30 pagi waktu tempatan.
Sementara itu, tujuh lagi orang dibunuh di bandar berjiran Guerrero,
Mereka terdiri daripada empat orang awam dan tiga ejen persekutuan yang
bercuti daripada bertugas.
Tiga
ejen itu dikejar oleh kumpulan lelaki bersenjata ketika berjalan menuju
ke sebuah bank dan dibunuh selepas cuba berlindung di hotel
berhampiran, kata polis.
Kedua-dua
negeri di pantai barat Mexico itu menyaksikan peningkatan keganasan
sejak beberapa tahun kebelakangan ekoran kegiatan kartel dadah.
Kira-kira 70,000 orang terbunuh dalam kejadian keganasan dikaitkan
dengan dadah di Mexico sejak tujuh tahun lalu.
President
Enrique Pena Nieto yang mula memerintah Disember lalu berikrar
membendung keganasan yang mencemar imej negara itu sebagai destinasi
pelancongan dan menghalang kehadiran pelabur asing. - Agensi
MAYAT tujuh lelaki yang dibunuh dengan kejam diletakkan di atas kerusi plastik.
0 Response to "7 lelaki dibunuh dengan kejam!! "
Post a Comment