KUALA
LUMPUR: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan
panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan
Pakar Damansara.Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas
terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan pada paru-paru.Allahyarham
telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara
pada Selasa.
Biduanita
itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.Kak Pah
dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran
bernafas awal pagi Isnin.Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed
Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon,
Singapura pada 2 Julai 1953.
Namun
sejak usia lapan bulan lagi, Kak Pah mula dijaga serta dibesarkan oleh
neneknya, Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir serta datuknya, Syed Sahil
Syed Ali Al-Jufry, di Majidee, Johor Bahru.Datuknya seorang
pemandu teksi dan kehidupan mereka keluarga bukanlah senang. Kak Pah
sewaktu kecil pernah mengambil upah menggiling cili dan menjual buah
nangka serta kuih.
Titik
tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan
Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian
disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu
selama 38 tahun.Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book
of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman
dan memiliki 135 album.Kak Pah menerima gelaran Biduanita Negara pada
tahun 2006.
0 Response to "Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia "
Post a Comment