Mangsa Pertama Mercun 2014

Mangsa Pertama Mercun 2014
Mangsa pertama mercun 2014 kali ini ialah dari Kelantan dengan putus dua jarinya.
Setiap tahun bulan Ramadhan mesti ada sahaaj mangsa mercun. Mercun yang meletup ini selalunya ialah mercun buatan sendiri atau mercun yang di imprvasikan oleh bijak pandai ini hingga hilang anggota badan atau nyawa..
Seorang pelajar tingkatan dua di Kelantan, putus dua jari tangan kanan apabila mercun jenis botol yang dipasangnya, meletup di tangan.
Dalam kejadian Jumaat lepas di rumahnya di Kampung Luar Gual Periuk, Rantau Panjang, Mohd Idham Shafiq Mohd Tahar, 14, yang putus ibu jari dan jari tengah itu dikatakan mangsa pertama akibat bermain mercun di Kelantan.
Datuk kepada mangsa, Mohd Rasid Ibrahim, 59, berkata, kemalangan berlaku dalam kejadian kira-kira 2 petang selepas solat Jumaat ketika mangsa bermain bersama rakan-rakannya.
"Memang saya dah nasihatkan dia jangan main mercun tetapi curi-curi main di belakang saya.
"Lepas kena mercun tu dia terus dibawa kawan-kawannya ke Hospital Pasir Mas kerana kecederaan itu termasuk sedikit di bahagian pipi,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, hari ini
Mangsa Pertama Mercun 2014
.

0 Response to "Mangsa Pertama Mercun 2014"

Post a Comment