Difahamkan pasangan itu telah bernikah di Batam, Indonesia
Akhirnya
segala spekulasi mengenai hubungan antara pengarah muzik, Dato` Ramli MS
dengan penyanyi Alyah terjawab hari ini apabila mereka sendiri
mengesahkan yang sudah berkahwin lebih setahun lalu.
Semuanya gara-gara apabila kediaman mereka diserbu Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) awal pagi tadi.
Menurut
laporan Berita Harian (BH), Pegawai JAIS telah mengunjungi kediaman
mewah komposer ternama itu di Bandar Kinrara, awal pagi tadi untuk
status hubungan beliau dan Alyah.
Dalam
tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap
beruniform itu, mereka mendapati pasangan ini sudah berkahwin.
Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai JAIS datang menyiasat.
Wartawan BH
yang berada di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda
jenis Mitsubishi milik Alyah turut berada di kediaman itu.
Pekerja kontraktor yang mengubahsuai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama.
Menurut sumber JAIS, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu.
Katanya,
Ramli dan penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu akan ke JAIS dalam
masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi
tujuan pendaftaran.
Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.
Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang.
Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai JAIS keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai sambil ketawa sesama mereka.
Perkembangan
ini dijangka menamatkan teka teki mengenai status mereka selepas
sebelum ini masing-masing enggan mengesahkan desas desus mereka telah
berkahwin.
0 Response to "Rumah diserbu JAIS, Ramli MS dan Alyah sah sudah bernikah "
Post a Comment