Tuesday, 26 August 2014
Mengikut
SOP, setelah dibawa keluar dari Pusat Perubatan Tentera di Hilversum,
jenazah akan dipindahkan ke rumah mayat Monuta Innemee untuk menjalani
urusan pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing. - Gambar fail
THE HAGUE:
Sekurang-kurangnya enam lagi jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi
pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dijangka dibawa keluar
dari Pusat Perubatan Tentera di Hilversum dekat sini, dalam tempoh 48
jam bermula Isnin, untuk pengurusan jenazah dan penghantaran pulang.
Menurut
sumber, enam jenazah itu telah dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia
selepas menjalani Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti identifikasi
dan autopsi baru-baru ini.
"Kebiasaannya,
rumah mayat yang telah dilantik akan dipanggil pihak berkuasa Pusat
Perubatan Tentera bagi membawa keluar mana-mana jenazah untuk urusan
pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing," katanya kepada Bernama
dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, Isnin.
Beliau berkata pihaknya berharap kesemua enam jenazah itu dapat diuruskan dan dibawa balik ke tanah air dalam minggu ini.
SOP
menetapkan sebaik sahaja jenazah dikenal pasti sebagai milik sesebuah
negara sewaktu proses pengecaman dan identiti mangsa di Kem Perubatan
Tentera Hilversum, jenazah berkenaan kemudian perlu melalui lima proses
penting.
Ia
melibatkan proses mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan
bencana, permit kebenaran penghantaran jenazah dan surat persetujuan
pegawai pendakwa raya Belanda bagi jenazah dikebumi atau dibakar.
Selepas
selesai proses itu, jenazah kemudian dipindahkan ke rumah mayat Monuta
Innemee, S-Gravenhage di sini, kira-kira 90km dari Hilversum untuk
menjalani urusan pengurusan jenazah mengikut agama masing-masing.
Dalam pada
itu, tinjauan Bernama di rumah mayat itu mendapati ada anggota keluarga
satu daripada jenazah itu yang hadir untuk berbincang mengenai upacara
pengurusan jenazah.
Keluarga itu
yang hadir dengan wakil MAS pada kira-kira 11 pagi kelihatan tenang dan
bertanyakan beberapa soalan mengenai proses perjalanan upacara dengan
pegawai rumah mayat itu sebelum beredar sejam kemudian.
Kumpulan
pertama 20 jenazah yang melibatkan 11 penumpang dan sembilan anak kapal
dibawa pulang ke tanah air dari Amsterdam dengan sebuah pesawat khas
pada Jumaat lepas disusuli kumpulan kedua dengan tiga jenazah semalam.
Penerbangan
MH17, yang membawa 289 penumpang termasuk 15 anak kapal, ditembak jatuh
di Donetsk, timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke
Kuala Lumpur pada 17 Julai lepas
You can check my good site :
ReplyDeletePrediksi Bola
agen bola terbaik dan terpercaya
agen judi online terpercaya
Thank you